Zaman o Zaman
“Semalam i nampak u like saya punya post di facebook, u
faham ke?” Saya bergurau dengan Zaman.
“Tak faham la Even, lain kali hang tulis dalam Bahasa Melayu
la.” Cikgu Zaman, salah seorang rakan seperjuangan yang paling rapat di
sekolah.
***
Masa Ah Goh belum bersara
Saya seorang blogger yang tidak pernah tulis blog dengan
menggunakan Bahasa Melayu. Bukan tak suka Bahasa Kebangsaan, tapi memang tidak
fasih. Terlalu banyak maksud yang saya rasa tidak dapat disampaikan dengan
menggunakan kosa kata yang terhad. Alangkah teruknya kalau fikiran disampaikan dengan
maksud yang salah.
Kadang kala memang lucu kalau tidak dapat menyampaikan satu
perkataan dengan lebih tepat. Mungkin juga ia akan menyebabkan kesalahfahaman.
Contoh yang pernah berlaku semasa saya mengenali seorang kawan luar negara yang
Bahasa ibundanya ialah Bahasa Inggeris.
“I’m Christian, you?” Kawan saya.
“I’m Buddha.” Saya.
“Hahahahaha, nice to meet you, Buddha.” Itu memang cilaka punya kawan. (Perkataan
yang betul sepatutnya “Buddhist”.)
Contoh yang sebegini banyak berlaku. Sebab tu saya cuba
sampaikan messej saya dalam Bahasa ibunda yang paling saya mahir. Dan syukurlah
kerana saya tinggal di Malaysia yang mengizinkan rakyat belajar Bahasa yang
berlainan. Ini ialah kelebihan Malaysia. Memang tidak faham mengapa banyak ahli
politik yang suka cadangkan supaya kerajaan menutupkan aliran SJKC dengan
alasan SJKC merosakkan perpaduan bangsa Malaysia.
SJKC mempunyai peratus murid bangsa berlainan yang paling
banyak. SJKC tidak pernah menolak sebarang bangsa yang berlainan datang ke
sekolah. SJKC mengajar murid supaya menghormati bangsa dan agama lain. Di SJKC,
murid tahu apa itu puasa, akan bersembunyi apabila makan untuk mengelakkan
sebarang kesulitan. Dan memang saya tidak pernah sesekali pun mengajar murid
untuk pandang rendah kepada kaum kaum lain.
Cina itu Tamak? Melayu itu Malas? India suka tumbuk? Kebanyakan
itu kes individu. ‘We Are Friend, but We are Making Mistake. Because I don understand
u and u don understand me.’ Sebagai seorang guru, saya berhasrat untuk menghapuskan
perselishan sebegini.
Oleh itu, saya sentiasa beritahu murid bahawa kita semua
bangsa MALAYSIA, dan bukan China bukan India. Meskipun China bangkit sebagai
satu negara yang paling kuat di dunia, itu langsung tidak berkaitan dengan
kita.
Apa salahnya menguasai Bahasa Melayu?Itu Bahasa kebangsaan kita.
Apa salahnya belajar Bahasa ibunda? Bahasa itu dipelajari sebab kami nak
memahami dunia yang sebegitu cantik.
***
Jom minum teh
Zaman tukar ke sekolah lain pada beberapa minggu lepas. Terlalu sibuk
sehingga tiada masa duduk diam diam untuk menulis. Sibuk untuk menguruskan Sukan
Sekolah.
Ini kali saya menulis blog dalam Bahasa Melayu untuk kali
pertama, sebagai satu tanda kenangan terhadapnya. Harap harap bebarapa puluh
tahun kemudian, saya boleh ingat kawan saya ni yang handsome lagi Humour.(Humour dalam
Bahasa Malaysia “lucu” ke ? )
Empat tahun yang lepas, saya tukar sekolah dari SJKC Manong
ke SJKC Hua Lian 2. Sebelum melaporkan diri ke sekolah, isteri memberitahu saya
bahawa ada seorang guru yang sangat “humour” di sekolah, namanya juga
special: “Zaman”. Isteri saya kenal
Zaman sebab menjaga pusat peperiksaan bersama.
Zaman seorang Ustaz. Saya suka tanya dia tentang agama
Islam. Sebab saya memang minat dalam mengumpul maklumat tentang agama-agama
lain. Isteri sekeluarga Taoism, Ibu Bapa juga Taoism. Saya pula seorang
Buddhism yang pernah pergi Church masa dulu untuk memahami Ajaran Christian.
Kami tahu kawan Islam perlu puasa, tapi jarang ada orang tahu sesetengah
Buddhism yang tidak makan selepas tengahari.
Pernah saya tanya Zaman: “Adakah Harimau dan Singa itu
halal? Kalau haiwan dibunuh dengan senapang macam mana nak sembelih? Kalau
pergi memburu, tapi binatang tidak mati dengan cepat masih boleh makan tak?” Soalan
yang ganjil sikit boleh ditanya, pepatah orang putih: “Sharing is Caring.”
Kongsi ilmu bersama, maka kuranglah perselisihan faham.
***
Melancong ke Pulau Langkawi
Sepanjang empat tahun bekerjasama dengan Zaman, saya berasa
senang hati. Dia rakan seperjuangan saya dalam panitia PJ dan banyak membantu
saya. Saya memang rasa bersyukur sebab Panitia PJ mempunyai guru guru PJ yang
hebat. Lagi Hatta, Esther dan lain lain kawan yang banyak pengalaman.
Tapi memang susah hati sebab pencapaian masih tidak
memuaskan untuk beberapa tahun ini. Saya kemukakan banyak cadangan dan pelan
untuk meningkatkan prestasi sekolah, tapi pada masa yang akan dating tidak
dapat lagi berjuang berdampingan dengan Zaman lagi.
Sedih hati.
Walaubagaimanapun, Zaman memang sudah tukar ke sekolah lain.
Semoga maju jaya di sekolah baru.
Akhir dengan serangkap pantun. Pertama kali menulis.
Tekun kerja di padang,
Ubi ditanam mesti berisi,
Masa datang masih panjang
Ada jodoh kita akan bertemu lagi.