Pages

Friday, 12 July 2019

Brother Aku, Zaman



Zaman o Zaman


“Semalam i nampak u like saya punya post di facebook, u faham ke?” Saya bergurau dengan Zaman. 


“Tak faham la Even, lain kali hang tulis dalam Bahasa Melayu la.” Cikgu Zaman, salah seorang rakan seperjuangan yang paling rapat di sekolah.


***


Masa Ah Goh belum bersara


Saya seorang blogger yang tidak pernah tulis blog dengan menggunakan Bahasa Melayu. Bukan tak suka Bahasa Kebangsaan, tapi memang tidak fasih. Terlalu banyak maksud yang saya rasa tidak dapat disampaikan dengan menggunakan kosa kata yang terhad. Alangkah teruknya kalau fikiran disampaikan dengan maksud yang salah.


Kadang kala memang lucu kalau tidak dapat menyampaikan satu perkataan dengan lebih tepat. Mungkin juga ia akan menyebabkan kesalahfahaman. Contoh yang pernah berlaku semasa saya mengenali seorang kawan luar negara yang Bahasa ibundanya ialah Bahasa Inggeris.


“I’m Christian, you?” Kawan saya.


“I’m Buddha.” Saya.


“Hahahahaha, nice to meet you, Buddha.”  Itu memang cilaka punya kawan. (Perkataan yang betul sepatutnya “Buddhist”.)


Contoh yang sebegini banyak berlaku. Sebab tu saya cuba sampaikan messej saya dalam Bahasa ibunda yang paling saya mahir. Dan syukurlah kerana saya tinggal di Malaysia yang mengizinkan rakyat belajar Bahasa yang berlainan. Ini ialah kelebihan Malaysia. Memang tidak faham mengapa banyak ahli politik yang suka cadangkan supaya kerajaan menutupkan aliran SJKC dengan alasan SJKC merosakkan perpaduan bangsa Malaysia.


SJKC mempunyai peratus murid bangsa berlainan yang paling banyak. SJKC tidak pernah menolak sebarang bangsa yang berlainan datang ke sekolah. SJKC mengajar murid supaya menghormati bangsa dan agama lain. Di SJKC, murid tahu apa itu puasa, akan bersembunyi apabila makan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Dan memang saya tidak pernah sesekali pun mengajar murid untuk pandang rendah kepada kaum kaum lain.


Cina itu Tamak? Melayu itu Malas? India suka tumbuk? Kebanyakan itu kes individu. ‘We Are Friend, but We are Making Mistake. Because I don understand u and u don understand me.’ Sebagai seorang guru, saya berhasrat untuk menghapuskan perselishan sebegini.   


Oleh itu, saya sentiasa beritahu murid bahawa kita semua bangsa MALAYSIA, dan bukan China bukan India. Meskipun China bangkit sebagai satu negara yang paling kuat di dunia, itu langsung tidak berkaitan dengan kita.


Apa salahnya menguasai Bahasa Melayu?Itu Bahasa kebangsaan kita. Apa salahnya belajar Bahasa ibunda? Bahasa itu dipelajari sebab kami nak memahami dunia yang sebegitu cantik.



***


Jom minum teh


Zaman tukar ke sekolah lain pada beberapa minggu lepas. Terlalu sibuk sehingga tiada masa duduk diam diam untuk menulis. Sibuk untuk menguruskan Sukan Sekolah.


Ini kali saya menulis blog dalam Bahasa Melayu untuk kali pertama, sebagai satu tanda kenangan terhadapnya. Harap harap bebarapa puluh tahun kemudian, saya boleh ingat kawan saya ni yang handsome lagi Humour.Humour dalam Bahasa Malaysia “lucu” ke ?  


Empat tahun yang lepas, saya tukar sekolah dari SJKC Manong ke SJKC Hua Lian 2. Sebelum melaporkan diri ke sekolah, isteri memberitahu saya bahawa ada seorang guru yang sangat “humour” di sekolah, namanya juga special:  “Zaman”. Isteri saya kenal Zaman sebab menjaga pusat peperiksaan bersama.


Zaman seorang Ustaz. Saya suka tanya dia tentang agama Islam. Sebab saya memang minat dalam mengumpul maklumat tentang agama-agama lain. Isteri sekeluarga Taoism, Ibu Bapa juga Taoism. Saya pula seorang Buddhism yang pernah pergi Church masa dulu untuk memahami Ajaran Christian. Kami tahu kawan Islam perlu puasa, tapi jarang ada orang tahu sesetengah Buddhism yang tidak makan selepas tengahari.


Pernah saya tanya Zaman: “Adakah Harimau dan Singa itu halal? Kalau haiwan dibunuh dengan senapang macam mana nak sembelih? Kalau pergi memburu, tapi binatang tidak mati dengan cepat masih boleh makan tak?” Soalan yang ganjil sikit boleh ditanya, pepatah orang putih: “Sharing is Caring.” Kongsi ilmu bersama, maka kuranglah perselisihan faham.



***


Melancong ke Pulau Langkawi



Sepanjang empat tahun bekerjasama dengan Zaman, saya berasa senang hati. Dia rakan seperjuangan saya dalam panitia PJ dan banyak membantu saya. Saya memang rasa bersyukur sebab Panitia PJ mempunyai guru guru PJ yang hebat. Lagi Hatta, Esther dan lain lain kawan yang banyak pengalaman.


Tapi memang susah hati sebab pencapaian masih tidak memuaskan untuk beberapa tahun ini. Saya kemukakan banyak cadangan dan pelan untuk meningkatkan prestasi sekolah, tapi pada masa yang akan dating tidak dapat lagi berjuang berdampingan dengan Zaman lagi.


Sedih hati.


Walaubagaimanapun, Zaman memang sudah tukar ke sekolah lain. Semoga maju jaya di sekolah baru.



Akhir dengan serangkap pantun. Pertama kali menulis. 


Tekun  kerja di padang,
Ubi ditanam mesti berisi,
Masa datang masih panjang

Ada jodoh kita akan bertemu lagi. 

0 comments:

Post a Comment